Pelanggan adalah sumber pendapatan kami. Tidak kira dalam peruncitan atau perkhidmatan. Kepuasan pelanggan harus diutamakan. Layanan yang baik adalah salah satu faktor penting untuk memanggil pelanggan menggunakan perkhidmatan kami berulang kali.
TIPS MELAYAN PELANGGAN.
1.Peniaga mesti bijak dalam perhubungan dengan pelanggan.
2.Wajah peniaga mesti/harus sentiasa senyum , mesra dan ramah semasa melayan.
3.Pakaian hendaklah bersih,kemas dan sesuai.
4.Peniaga hendaklah menggunakan bahasa yang manis dan sentiasa bersopan santun dan sabar.
5.Peniaga perlu menumpukan minat atau perhatian terhadap pelanggan
6.Peniaga hendaklah melayan mengikut tertib, jujur dan adil serta mendapatkan keyakinan pelanggannya.