Saturday, September 24, 2016

Cara - Cara Yang Berguna Sebelum Membeli Kereta Terpakai .
Berikut merupakan langkah-langkah yang berguna bagi anda sebelum membeli kereta terpakai. Langkah-langkah berikut cukup penting bagi mengelakkan anda tertipu. Jangan terburu-buru semasa ingin membeli, sebaliknya luangkan sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut.
1.Periksa rekod penyelenggaraan kenderaan tersebut.
Terdapat sesetengah penjual yang memalsukan rekod perjalanan sebenar kenderaan terpakai. Penjual akan memutarkan atau memprogramkan semula meter digital bagi mengaburi mata pembeli.Ini bertujuan supaya kereta kelihatan seperti tidak banyak dipakai oleh pengguna terdahulu. Anda tidak perlu risau kerana penipuan mereka tetap dapat dikesan. Keadaan meter kenderaan juga harus dipastikan bebas daripada kesan leraian.
Periksa tayar kenderaan sekiranya meter menunjukkan bacaan kurang dari 30,000km.Adalah mustahil bg sesebuah tayar untuk botak bagi penggunaan kurang dari 30,000km.Tayar kereta sebenarnya boleh digunakan antara 45,000km sehingga 60,000km bergantung pada cara penjagaan.
Cuba hubungi pemilik terdahulu, pusat servis kereta, untuk mendapatkan bacan akhir.
2.Periksa Rekod kemalangan kenderan.
Kebiasaan rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiakan oleh penjual kereta terpakai atau pemilik kenderaan itu sendiri. Anda boleh memeriksanya secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak.
Periksa bahagian enjin terutama bahagian hadapan dan bahagian dalam tepi. Pastikan bahagian ini bebas daripada kesan remuk ataupun pernah diketuk.
Perhatikan kedudukan semua pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pintu menggunakan tangan. Kenderaan tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu sekiranya bunyi yang terhasil adalah berlainan.
Ukur kedudukan tayar dan bahagian badan kenderaan. Pastikan perbezaan tayar kanan dan kiri tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan bahagian badan kenderaan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan.Langkah ini penting umtuk memastikan keseimbangan tayar dan pemanduan yang stabil.
3.Periksa Rekod senarai hitam kenderaan.
Sekiranya anda ingin memastikan kenderaan yang anda inginkan itu bebas dari sebarang rekod senarai hitam, hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terdekat.
Bawalah kenderaan itu untuk pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan itu menepati spesifikasi standard asal dan bukannya kereta potong sambung. Anda boleh meneruskan niat untuk membeli kereta tersebut hanya selepas kenderaan anda lulus dalam ujian PUSPAKOM.
Luangkanlah sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna
dari Kereta.info

Thursday, September 22, 2016



"Senyumlah.. dengan senyuman kita dapat membahagiakan orang disekeliling kita"

"Think good thoughts, speak kind words, take good action

p/s : Jom sewa kereta kami . Promosi istimewa masih lagi availableeeeee  :) !

Tuesday, September 20, 2016



# CARA MENJIMATKAN MINYAK PETROL KERETA.
1) Isi minyak diwaktu awal pagi atau diwaktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas kerana banyak wap.
2) Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak jika kereta tidak bergerak.
3) Penggunaan Gear - Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana rpm enjin akan meningkat.
4) Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa di servis dan tukar minyak pelincir mengikut jadual. Gunakan minyak enjin yang berkualiti untuk memaksimakan kebersihan enjin.
5) Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah injin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal minyak semasa warming up kerana ia hanya membazir minyak sahaja.

Wednesday, August 24, 2016

Pelanggan adalah sumber pendapatan kami. Tidak kira dalam peruncitan atau perkhidmatan. Kepuasan pelanggan harus diutamakan. Layanan yang baik adalah salah satu faktor penting untuk memanggil pelanggan menggunakan perkhidmatan kami berulang kali.
TIPS MELAYAN PELANGGAN.
1.Peniaga mesti bijak dalam perhubungan dengan pelanggan.
2.Wajah peniaga mesti/harus sentiasa senyum , mesra dan ramah semasa melayan.
3.Pakaian hendaklah bersih,kemas dan sesuai.
4.Peniaga hendaklah menggunakan bahasa yang manis dan sentiasa bersopan santun dan sabar.
5.Peniaga perlu menumpukan minat atau perhatian terhadap pelanggan
6.Peniaga hendaklah melayan mengikut tertib, jujur dan adil serta mendapatkan keyakinan pelanggannya.


Tuesday, August 23, 2016


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kpd smua..
Tak tahu mana nak cari kereta sewa dengan harga yang murah? Kami di Klezcar Bandar Penawar ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang anda inginkan. Kami juga menawarkan harga yang murah disamping memberi perkhidmatan yang baik kepada anda. Kereta yang kami sewakan ini memberi kepuasan dan keselesaan kepada anda.
Hubungi kami segera ditalian
019-378 0555 (direct line)
1300 88 4040 (hotline/24hours)





Monday, August 22, 2016

UPDATE : Doa Sebelum Memulakan Kerja dan Doa Akhir Kerja


Assalamua’laikum w.b.t

Sebelum memulakan kerja di pejabat, amalkan doa ini, mohon kepada ALLAH supaya setiap pekerjaan yang dibuat beroleh kebaikan dan dihindarkan daripada keburukannya.

                                                       Doa sebelum memulakan kerja


Maksudnya:
Ya Allah. Aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya. 

Setelah selesai tugas yang diamanahkan, amalkan pula doa ini.

Doa Akhir Kerja 


Maksudnya:

Ya Allah. Aku serahkan pada MU pekerjaan ku dan jiwa raga ku, dan aku bertawakkal kepada Engkau ya Allah.


Monday, August 1, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri .

Assalamualaikum #KLEZCARBandarPenawar .

Sudah lama kita tidak bersua muka ( macam nampak je .. hehe) . Macam berhabuk . LAMA sangat tak bukak . Biasalah . Sibuk melayan pelanggan setia kami yang tak berhenti henti datang berkunjung . Alhamdulilah rezeki kami semakin bertambah dari hari ke hari .

Nak cakap pasal puasa dah raya pulak . Tak pelah , Masih tak terlambat untuk kami mengwish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN . Kami memohon maaf jika tersilap kata , terkasar bahasa dan segala ter dan ter . Manusia biasakan .

Tiba - tiba macam nak nyanyi lagu raya .

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa,
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira,
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa,
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira.


Kuih dan muih beranika macam,
Makanlah jangan hanya di pandang,

Ketupat rendang sila nikmati kawan,
Penat memasak malam ke pagi.




Saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami yang telah menggunakan perkhidmatan kami pada hari raya yang lalu ( Yang penting full booking ) . ALHAMDULILAH . Rezeki kami . 

Raya . Raya . Raya 😍😍😍

So back to the normal . Kami mencari rezeki lagi . semakin hari semakin bertambah kereta dan makin besar tanggungjawab kami . 


Jangan lupa untuk call kami ye . KAMI sentiasa ada jika anda memerlukan kami .  Call/ws 0193780555 ataupun page kami https://www.facebook.com/desarucarrental/ .

Daun pisang , Daun keladi ,
Semoga kita berjumpa lagi ✌😍❤