# CARA MENJIMATKAN MINYAK PETROL KERETA.
1) Isi minyak diwaktu awal pagi atau diwaktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas kerana banyak wap.
2) Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak jika kereta tidak bergerak.
3) Penggunaan Gear - Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana rpm enjin akan meningkat.
4) Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa di servis dan tukar minyak pelincir mengikut jadual. Gunakan minyak enjin yang berkualiti untuk memaksimakan kebersihan enjin.
5) Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah injin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal minyak semasa warming up kerana ia hanya membazir minyak sahaja.
No comments:
Post a Comment