Tuesday, December 8, 2015

" Aku ingin berubah"


Sebelum kita meneruskan coretan kita hari marilah kita renung- renungkan .


“Ya allah … aku ingin berubah ,
Namun amat payah .”

Bait-bait  yang boleh membuat hati kita sentap bukan . Tak mudah untuk seseorang yang free-hair untuk berubah bertutup litup dan bertudung labuh. Tak semudah itu macam seseorang memakai kasut . Sejujurnya memang payah untuk seseorang berubah .

“ Eh , semalam aku Nampak kau pegi club malam tapi harini kau pergi masjid . “ 

“ Aku tengah belajar nak berubah . Aku nak jadi lagi baik dan terbaik di mata Allah “

“kau tak takut ke kalau ada orang mengata kau ?” 

“ Mulut orang , mana boleh tutup.Tapi aku lagi takut kalau allah tak terima aku . Aku nak berubah kerana allah lilahi taa’la dan bukan kerana cinta manusia  . “

Ha . sentap tak ???

Semua orang nak berubah jadi baik . Nak tinggalkan zaman jahiliah . Dan setiap orang jugak nak tinggalkan masa lalu .  Tak kesahlah  macam mana teruk sekalipun kesilapan yang seseorang tu buat  dan dia berniat untuk berubah ,  allah akan bantu hambanya . Dengan hanya bertaubat kepada allah adalah jalan penyelesaian yang terbaik .

Disebabkan allah terlalu sayang dan rindu sangat dekat hambanya , Allah turunkan ujian sedikit . DIA nak melihat sekuat mana hambanya melaluai ujian tersebut. Allah takkan beri ujian kalau hambanya tak mampu menghadapinya  . Allah memberikan ujin dengan pelbagai cara . Salah satunya adalah 

“ Malam ni ada party dekat rumah kawan aku . Kau nak ikut ? “ 

“ Aku nak ikut tapi aku taknak minum – minum ? Kau fahamkan maksud aku ?

Antara contoh lain .

“Kau tak panas ke pakai tudung labuh labuh ? “

“ Mata kau tak sakit ke tengok Al-quran tu lama – lama ?”

Daripada 10 yang nak berubah belum tentu 10 yang berjaya . Mungkin 2 atau 3 . Siapa yang tahu  . Ramai yang mahu berubah tetapi tak buat sungguh-sungguh . Sebagai contoh “ aku nak solat awal waktu “ . Tapi bila waktunya tiba “ Nanti la , sekejap lagi  , lama lagi ni . “ Penuh dengan 1001 alasan . 

Tiba-tiba teringat dengan satu video ni . Tajuk video tersebut adalah cinta subuh . Seseorang perempuan yang bernama Fatin (bukan nama sebenar ) meninggalkan pasanganya iaitu Izwan (bukan nama sebenar ) kerana tidak solat subuh .Izwan sebenarnya adalah seorang graduan yang masih belum bekerja .Dia langsung tak ada usaha nak cari kerja . Hingga di suatu ketika “izwan , saya nak putus . setiap hari saya kejut awak liat bangun subuh . saya tahu awak tidur semula selepas bercakap dengan saya . Pada masa tersebutlah hatinya terdetik untuk berubah . Izwan tersebut mengambil langkah dengan ingin berubah . Pada permulaanya memang agak susah . Tapi bila benda tersebut  telah menjadi  rutin , lama – lama akan terbiasa dengan situasi tersebut .
 “ Bang , boleh tolong tak ? Saya nak solat subuh .  Abang kejutkan saya ye .”

Hari pertama 

“ Assalamualaikum izwan . Bangun . Subuh ni . Jom pergi masjid ?” berkali – kali abang tersebut mengejutkanya tapi dijawab . Sehinggalah dia mengambil secawan air dan terus menyimbahnya . Selepas itu dia bangkit dan solat subuh . Berhari – hari abang tersebut menyimbah air tersebut . 2 minggu kemudian , Izwan belajar bangun sendiri dengan mengunci jam . Dan lama-kelamaan dia terbangun sendiri tanpa mengunci jam . Alhamdulilah , dengan izin allah . Allah memberi rezeki kepada izwan dengan memberi pekerjaan .

 Mungkin itulah kebenaran dan kekuasaanya yang ingin ditunjukkan . Rezeki allah begitu luas dan terlalu banyak . Hanya manusia yang perlu mencarinya .

Sampai di sini sajalah ilmu yang saya dapat berkongsi . Saya mendapat inspirasi menulis pada hari ini melalui sebuah buku iaitu tarbiah sentap . Dan tak lupa juga kepada video pendek yang berada di facebook . Yang baik datang daripada allah , dan yang tak baik datang daripada saya . 

wallahualam .


No comments:

Post a Comment